Khamis, 15 Disember 2011

Kisah di sekolah juvana kuching 2


Buat pertama kalinya aku blog kan cerita benar aku ini. Seperti yang semua dah tahu cerita sebelum ini dah bagitahu bila masa nya aku masuk sekolah juvana kuching atau lebih dikenali dengan gelaran boys home. Juga untuk pengetahuan semua tidak semua budak boys home adalah budak jahat, ada di antara mereka yang berada di dalam adalah kerana masalah keluarga dan juga kes yang biasa saja. Ada antara budak boys home yang keluar dari sekolah ini berjaya dan dapat mengalahkan orang yang ada diploma, degree, master, phd dll. ada juga budak boys home adalah daripada ahli keluarga yang berada tidak kurang juga yang miskin. Jadi harap nya orang tidak salah sangka dengan budak budak di sekolah juvana ni. dan salah seorang yang pernah masuk boys home ada lah aku.

Hari pertama aku masuk asrama aku di tempatkan di blok juara (dulu di panggil blok D) time tu boys home kuching belum di rubah suai dengan bangunan yang lebih canggih seperti sekarang semua dah cantik. Semua asrama di atas bukit bukit dan ada 4 buah asrama time tu, satu asrama ada lebih kurang dalam 40 orang. Tau je lah asrama tu panjang. lagi satu asrama blok saya ni dalam dia terus ada toilet jadi selalu lah ada hubungan sesama jenis waktu malam. Macam cerita juvana tv3 dulu tu ada betul nya.. memang ada ketua besar dalam sekolah juvana. time aku dulu nama dia stephen, aku ingat lagi. dan dia ada pasangan juga. nama pasangan dia saiful.. sama dalam satu blok asrama ni juga. tapi dalam sebulan lepas tu baru aku tahu pasal ni sebenar nya.

aku masuk asrama blok juara sama dengan stephen ni. stephen ni badan tough, tinggi lampai, bertatu.. not bad lah.. tapi time tu aku belum ada perasaan lagi dengan sejenis ni.. time tu warden arahkan stephen untuk uruskan tempat aku. se ingat aku stephen arah kan semua konco konco dia untuk jaga aku sebaik mungkin. rasa takut aku hilang sekejap tengok stephen bagus je. so aku punya katil di bawah katil stephen time tu. mereka cakap stephen suruh aku dekat sana. aku ikut je lah lagi pun aku baru masuk kan. Aku dapat layanan yang best je time tu. stephen tak suruh aku basuh baju sendiri, dia arahkan budak lain untuk basuh pakaian aku, time makan pun orang lain yang ambilkan makanan untuk aku. mula mula tu aku rasa pelik lah juga.. kenapa dia boleh suruh orang yang buat semua kerja untuk aku. sampai tak ada yang berani nak kacau aku time tu. setiap malam dalam asrama aku lepak dengan mereka kat hujung asrama main gitar.. cerita cerita.. kumpulan stephen ni kira yang kuat gaduh juga lah dalam boys home tu..


2 hari aku berada di asrama. time tu waktu malam.. mungkin dalam pukul 2 or 3 pagi.. tengah nyenyak aku tidur tiba tiba aku rasa ada orang datang tidur sebelah aku.. fuhhh rasa takut semacam je aku time tu.. tapi yang benar nya benda tu manusia lah hahaha.. budak ni nama nya johnson kalau tak silap aku lah.. dia tinggi.. badan pun ok.. putih.. dia mix bidayuh chinese.. lepas tu dia peluk aku.. time tu dia bisik kat telinga aku dia cakap jangan takut.. then dia cakap dia nak ambil aku sebagai couple dia... time tu aku bingung dan terus tak dapat tidur.. dia terus peluk aku. sebelum warden buka pintu asrama dia pun angkat dan menuju ke katil dia semula.. lega tahap babun aku time tu.. hahahhaaaa

baca cerita seterus nya di kisah III

Tiada ulasan:

Catat Ulasan