Sabtu, 10 Disember 2011

Kisah di sekolah juvana kuching 1


ok nak start cerita ni.. hehhee.. ada intro lagi ni.. hahahhaa. tahun 2000, bulan march aku masuk sekolah tunas bakti.. time tu aku umur 15 tahun.. masih cute lagi cewah hahahhaa. aku masuk dalam tu atas sebab sebab tertentu. tapi x ada kena mengena dengan kes bunuh, kes rogol k. kes kes macam ni budak tu akan di hantar ke sekolah hendry gurney. sana baru banyak kes yang lebih jahat. apa pun x nak lah bagitau kenapa saya masuk sekolah tu.. hehehhee.. kalau nak tahu juga, email saja saya k. he..

time aku nak di hantar ke boys home kuching, time tu ada 2 orang budak sama umur aku juga yang sama sama dengan aku di hantar ke boys home kuching. mereka berdua ada kes sendiri. dari limbang kami dibawa terbang ke kuching, sampai di airport kuching kami dibawa dengan van, terus saja pergi ke sekolah tunas bakti kuching. rasa yang teramat nervous juga aku time tu. biasalah dalam tu semua budak budak yang nakal. takut kena pukul dan buli huhuhuuu..


sampai di boys home kami bertiga di masukkan ke satu bilik dan di bagi semua kelengkapan asrama seperti baju, seluar, topi dan lain lain lah. juga kami di beri kaunseling sebelum kami di masukkan ke asrama yang sebenar.


selepas 2 hari, kami bertiga pun di bawa oleh warden ke gelanggang perhimpunan. time masuk tu adoiii punya lah nervous nak mati. takut yang teramat sangat. time melangkah masuk ke kawasan gelanggang perhimpunan ada hampir seramai 150 budak juvana yang berada di gelanggang time tu. hati ku rasa takut yang teramat sangat.. apa lagi semua mereka memandang kami macam nak makan.. hahahhahaa..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan