Sabtu, 31 Mac 2012

Kisah di sekolah juvana kuching 5

sambungan...

Pada hari kedua aku dan robert di tahan di dalam sel tahanan yang berbeza, lebih kurang dalam jam 12 malam. warden sel memanggil aku keluar dan masuk ke dalam pejabat warden untuk di soal siasat, robert juga sudah berada di situ. Kami dua di soal siasat oleh timbalan pengetua, seorang pegawai dan juga seorang warden. waktu tu terasa sejuk sangat, tahu je lah semua budak di sel tahanan tak di bagi guna baju pun, selimut pun tak di bagi. menggigil badan aku. Aku di suruh duduk di sebelah robert, akhirnya kami di soal satu persatu oleh timbalan pengetua. Kami dua di suruh berdiri dan di suruh telanjang, kami dua hanya ikut arahan takut pula nanti kena terajang oleh warden, kami terus di soal dan di marah oleh timbalan pengetua dan pegawai, Akhirnya timbalan pengetua memberitahu kami dua bahawa mereka ingin hantar kami berdua ke sekolah hendry gurney di sabah, sekolah ni lebih teruk daripada sekolah juvana. terkejut juga aku, tiba tiba aku menangis sebab dengar nak di hantar ke sana. ku lihat robert hanya diam saja. Timbalan pengetua menyoal robert dengan soalan ni, 'kalau si ni makan tahi, kau pun nak makan tahi juga kah?', lepas tu robert jawap `Tuan, kalau dia tak makan saya pun tak akan makan, kalau dia sakit saya akan jaga dia, kalau dia susah saya pun akan susah`. Aku rasa timbalan pengetua, pegawai dan warden terkejut dengan jawapan robert tu termasuk lah aku. hati aku rasa cukup sedih dan terharu, rasa macam tak percaya dengan perangai robert yang betul betul sayang kan aku. Selepas beberapa ketika timbalan pengetua pun bercakap 'Kami tak akan hantar kamu berdua ke sekolah hendry gurney di sabah, tak guna juga hantar kamu ke sana nanti akan berlaku benda yang sama juga'. selesai saja soal siasat kami dua pun di masukkan semula ke sel masing masing.

Selama satu bulan di dalam sel akhirnya robert di keluarkan ke asrama semula dengan sekali sebatan di punggung oleh warden asrama, dan aku pula masih lagi di tahan di dalam sel bagi mengelakkan aku dan robert bertemu semula di asrama. Namun bagaimana pun benda itu tidak menyebabkan hubungan aku dan robert tergugat, robert selalu mengambil kesempatan melihat aku dari belakang bangunan sel tu secara sembunyi, ada kala nya bila waktu yang sesuai robert akan ikut budak budak lain yang menghantar barang makan ke dalam sel sekali. tetapi budak budak yang hantar barang makan ke dalam sel tu tak di benarkan memberi apa apa barang ke dalam sel juga tak boleh bercakap dengan budak budak yang ada dalam sel. Makanan yang di bawa mereka tadi hanya akan di edarkan oleh warden sel kepada budak budak yang di tahan. Setiap kali robert ikut menghantar barang makan ke dalam sel, robert akan sembunyikan roti di dalam baju dia, bila saja dia lalu depan pintu sel aku, dia akan lontarkan roti tersebut ke dalam. kadang kadang sempat juga dia cakap dengan aku bila warden berada di dalam pejabat.

Setiap minggu robert dan kawan kawan nya akan pergi ke depan pagar sel tahanan untuk tengok aku dan kalau masa sesuai kami sempat bercakap dari jauh. Kawan kawan robert semuanya cukup baik dan sporting, mereka asyik bagitahu aku supaya bersabar dan mereka tak suruh aku risau kerana mereka cakap robert tetap setia menunggu aku sehingga aku di keluarkan ke asrama kembali. Aku hanya mampu tersenyum dari dalam sel tahanan dengan badan aku yang semakin kurus dan pucat. Selama aku di dalam sel tahanan aku hanya duduk diam kadang kadang aku berdiri memegang besi besi jendela yang tak bertingkap sambil memandang ke luar, aku perhatikan langit di atas sambil menahan perut yang lapar, pada ketika itu hanya tuhan yang tahu apa yang aku rasa. Dalam hati aku pernah berkata yang `aku rela begini demi robert` walau pun robert sudah berada di asrama dan semuanya cukup. Akhirnya lima bulan dah berlalu aku di dalam sel tahanan. bila kebesokan hari nya, warden mengumumkan siapa yang akan dikeluarkan dari sel dan kembali ke asrama dan aku salah seorang nya. Aku ingat lagi hari aku di keluarkan dari sel tu, Hari sabtu lebih kurang jam 9 pagi dan kena rotan di punggung sebanyak 6 kali sebatan.

Selesai saja kena sebat, kami semua di lepaskan kembali ke asrama. Aku melangkah keluar dari pintu pagar sel tahanan dengan penuh pucat lesu di sebabkan lapar yang teramat sangat namun dalam hati aku ter ingin sangat berjumpa dengan robert. Aku dan yang lain lain terus saja berjalan nak menuju ke asrama masing masing, belum lagi sampai ke blok asrama aku, blok D. Aku ternampak kelibat robert dari jauh dan sedang menuju ke arah aku, hati aku rasa sangat rindu bila nampak kelibat robert dan dalam yang sama aku malu kerana ketika itu badan aku sangat kurus, muka aku cengkung, kulit aku pula sangat pucat dan lesu di sebabkan hukuman yang aku terima selama 6 bulan di dalam sel tahanan, aku malu nak tunjuk muka dengan robert namun aku kuatkan semangat kerana robert tengah menuju ke arah aku ketika itu dan aku tak dapat nak mengelak. Pabila robert berada di depan aku, muka dia menunjukkan reaksi yang sedih sambil  memegang tangan ku dan merenung muka aku yang cengkung, di dalam matanya dapat ku rasakan kesedihan yang teramat sangat dengan apa yang dah berlaku ke atas aku walau pun sebenar nya benda yang berlaku dahulu adalah di sebabkan robert sendiri. Robert memegang muka aku dan melihat tepat ke mata aku sambil berkata `saya minta maaf di atas semua yang terjadi`. Aku pandang matanya dan aku jawap `tak apa, aku tak salahkan kamu di atas apa yang terjadi`.

Robert memegang tanganku dan membawa aku menuju ke blok asramanya di blok B, semua kawan kawan dia sudah menunggu lama kehadiran kami tiba ke asrama. Kawan kawan robert sangat terbuka dan menyakat kami berdua sebaik saja sampai ke pintu asrama, aku rasa sangat gembira bila semua kawan kawan se blok dengan robert amat senang dengan hubungan kami berdua. terus sahaja robert bawa aku ke hujung asrama di mana katil dia berada, robert memeluk aku dari belakang ketika aku sedang berdiri dan melihat ke luar jendela asrama sambil memerhatikan budak budak lain di bawah padang bola keranjang tengah bermain. terasa sangat gembira bila sekian lama aku tak merasa pelukan dari robert. mulai dari hari itu robert memberikan aku makanan dengan banyak, kawan kawan robert pun sangat baik hati berikan aku macam macam barang makan, aku ingat mereka sampai sekarang ni. dalam dua ke tiga hari aku berada di asrama akhirnya badan aku kembali ber isi, menjadi semakin comel dan hensem kembali cewah he.. selepas aku keluar dari sel tahanan, aku perasan yang pegawai, warden mahu pun timbalan pengetua tidak langsung mengganggu aku dan juga robert malah mereka pun suka menyakat kami dua. Mungkin kerana mereka tahu hubungan antara aku dan robert bukanlah main main dan kami berdua memang susah nak di pisahkan. tetapi nak di ingatkan dalam sekolah ni bukan hanya aku dan robert saja yang bercinta banyak juga budak lain yang bercinta cuma hubungan antara aku dan robert lebih menonjol mungkin.

Selepas 5 hari aku berada di asrama, aku dapat berita yang menyedihkan juga menggembirakan. seramai 10 orang budak akan dibebaskan daripada sekolah juvana dalam masa dua hari lagi dan antara nama budak budak yang akan di bebaskan ialah.........

nantikan sambungan nya....

3 ulasan: