Rabu, 7 Mac 2012

Kisah di sekolah juvana kuching 4

hi semua.. role nak sambung balik cerita yang lepas k.. sebelum tu thanks kepada semua yang sudi baca my blog ni.. tapi jangan lupa add lah blog saya ni... add ada di bahagian sebelah kanan tu k..

sambungan....

selepas saja pertemuan pertama antara aku dan robert pada malam tersebut.. hubungan kami berdua menjadi kian rapat dari hari ke hari. pada mulanya kami nak sembunyikan daripada pengetahuan orang lain dalam sekolah juvana ni.. tapi tak dapat kerana kami dua selalu sangat bersama ke hulu dan ke hilir macam belangkas hahahahaa. Sampai akhirnya hubungan kami dua di ketahui oleh johnson dan juga stephen... suatu hari tu stephen (ketua besar dalam sekolah juvana kuching time tu) dan budak budak lain termasuk johnson nak jumpa aku di asrama... takut juga aku time tu... tapi aku tak dapat nak lari dari keadaan yang berlaku... memang aku tahu selama ni mereka yang jaga aku dengan baik.. tak ada seorang budak lain pun yang berani nak buli aku ketika aku dalam jagaan kumpulan stephen ni... kira aku ni sangat penting bagi mereka...

aku duduk di tepi katil sambil berdepan dengan mereka yang lain.. stephen tanya aku, sama ada betul kah yang aku ni selalu pergi ke blok B untuk berjumpa dengan robert... then aku jawap.. ya.. semua mereka terkedu sekejap dengan jawapan aku time tu... nervous juga aku time tu... takut kena tumbuk hehehheee... lepas tu stephen cakap dengan aku... kalau betul aku nak sangat dengan robert, mereka tak akan jaga aku lagi.. so aku kena cari katil, tilam, almari sendiri... dan mereka tak akan jaga aku lagi.. serba serbi aku kena hidup sendiri lah dalam asrama lepas tu.... aku pun setuju... selepas itu aku pun pergi lah sudut lain di dalam asrama untuk cari tempat yang ada katil, yang tak ada orang.... sedih juga aku time tu.... then aku pergi ke belakang asrama... tempat yang sunyi sikit... aku tengok pemandangan padang bola sepak yang sangat lapang time tu... tenang sikit hati ku walau pun hanya tuhan yang tahu hati ku sedih... aku tak bagitahu robert pun apa yang berlaku dengan aku ketika itu....

pada malam tu aku tidur di katil yang tak bertilam dan semua baju aku gantung kat tepi katil.. tiba masa nya aku jaga diri sendiri kata hati ku... heee... besok hari nya macam biasa loceng berbunyi pada jam 5 pagi.. semua budak budak kena turun ke padang dan berbaris mengikut blok asrama masing masing untuk di kira, adakah semua nya cukup atau pun kurang... lepas berbaris tu semua yang beragama islam kena naik se surau untuk sembahyang subuh... yang non muslim kena tunggu kat padang... sementara menunggu yang islam bersembahyang aku duduk sorang sorang kat tepi padang dengan mata yang masih mengantuk... tiba tiba sorang budak lelaki duduk di tepi... aku buat tak tahu je.. biasa lah ramai sangat budak di sekolah juvana ni.... tiba tiba terasa orang sarungkan kain pelikat kat badan aku.. mata ku yang mengantuk tadi tiba tiba terbuka besar nak melihat siapa kah gerangan orang itu... rupa rupa nya robert yang sarungkan aku dengan kain pelikat tadi.... dia tengok aku sambil tersenyum.. aku pun senyum balik... dia tanya aku sejuk kah... aku just angguk kan kepala... lepas tu dia peluk bahu aku dan dia tarik kepala aku supaya bersandar di bahu nya.... aku biarkan saja... aku dapat rasa cinta di hati ku buat pertama kali nya..... cinta kepada lelaki....

bermula pada waktu ketika itu kami menjadi sangat rapat, robert telah mengarah kan kawan nya supaya menjaga aku sebaik mungkin bila aku berada di asrama blok aku sendiri.. robert juga mengatur semua benda untuk aku... dia carikan aku tilam, almari dan sebagai nya untuk aku pakai... sekarang aku bukan lagi bersama dengan johnson dan kumpulan stephen.. mereka punya katil jauh di hujung asrama dan aku berada di tengah dengan kawan lain yang hanya biasa biasa saja... setiap kali masa rehat jam 10 pagi, makan tengah hari, minum petang, makan malam aku akan sentiasa berjumpa dengan robert.... robert terlalu baik buat aku... tapi ada masa nya aku pun cemburu bila tengok banyak budak lelaki yang lain ingin menggoda robert ni hahahhaha pelik tapi benar.. itu lah perasaan aku ketika itu.... semua budak budak lain, pegawai dan warden di sekolah juvana mengetahui hubungan aku dan robert ketika itu... tetapi mereka tak lah mengambil tindakan... tindakan hanya di kenakan kepada budak budak yang di tangkap atau di ketahui melakukan sex sejenis sahaja..

selama sebulan hubungan kami berjalan dengan baik... kawan kawan lain pun dapat menerima hubungan aku dan robert... tak ada budak lain pun yang dapat mengganggu aku termasuk kumpulan stephen... sebenar nya kumpulan stephen ni.. mereka tak ganggu orang kecuali mereka di ganggu saja... robert juga mempunyai kumpulan nya sendiri di blok B... so pengaruh robert ni cukup kuat juga pada ketika itu.... tapi aku bersama dengan robert bukan di sebab kan itu semua... tetapi di sebabkan robert seorang yang sangat take care, penyayang, romantik... memang sangat baik... kami berdua selalu mandi bersama hehehee.. tengok tv bersama sama di dewan... lepak dengan kawan kawan robert bersama sama... bila dia main bola setiap petang dia nak aku duduk di tempat penonton dan dia nak aku just duduk sana dan tengok dia main sampai dia habis main hahahhaaa... bila dia main sepak takraw pula aku selalu marah dia sebab dia tak pakai baju dia just pakai seluar pendek hahahhaa.... dia sangat kacak dan jadi pandangan budak lain juga... tu lah sebab aku cemburu cewah.

tipu aku cakap kalau aku tak ada melakukan hubungan tut.... dengan robert tetapi sembunyi sembunyi lah hehhehehee.. ada kala nya kami buat dalam toilet, ada kala nya di belakang dewan makan, ada kala nya di dalam asrama dia.... tak boleh lah nak cerita lebih sangat pasal ni kan... bahaya hoo.....

tiba pada satu malam ni.... ketika aku tidur lena kerana keletihan yang teramat sangat... aku terasa ada seseorang yang datang ke katil dan merayap aku.... aku kenal siapa budak itu... nama dia hafizi... ketua asrama blok aku ni... aku biarkan saja apa yang dia buat terhadap aku... aku rasa macam best pula time tu hahahhahaha sampai aku terlupa robert yang ada di blok B itu... hafizi ni pun sama tinggi seperti robert, aktif dalam sukan.. badan pun ok.. muka pun ok.. di kategorikan hensem lah.. selalu je aku tengok dia pakai seluar dalam di blok asrama ni tapi tak ada lah juga terniat nak main dengan dia hehee.... lepas saja dia puas merayap aku malam buta tanpa ada orang perasan pun.. dia turun dari katil aku dan terus balik ke katilnya... besok pagi nya kami dua buat tak tahu je apa yang berlaku malam tadi.... dalam hati aku takut sekiranya robert dapat tahu kejadian malam tadi....


selepas saja makan pagi jam 7.. aku terus balik ke asrama aku untuk mandi dan bersiap sedia sebelum loceng jam 8 berbunyi... 8 pagi semua budak budak kena lapor diri kat kelas masing masing... lebih kurang jam 7.15 pagi ketika itu.. robert datang menghantar baju untuk aku.. aku ucapkan terima kasih tetapi robert terus berlalu pergi keluar dari asrama aku... aku rasa hairan sebab selama ni mesti dia datang ke arah aku dengan gembira..... aku rasa tak sedap hati tapi aku biarkan saja... aku pun pakai lah baju macam biasa.. kemas katil dan almari... tiba tiba aku dengar bunyi orang bising macam bergaduh di belakang tandas asrama blok C.... aku makin tak sedap hati... cepat cepat aku kunci almari dan lari keluar menuju ke arah bunyi bising tadi... mula mula nya aku tak nampak sangat siapa yang gaduh sebab ramai sangat budak lain mengelilingi tempat tu.... aku cuba ke tepi tempat yang tak ramai orang.... aku terkejut sangat tengok robert tengah pegang kayu dan ingin memukul hafizi (ketua asrama blok aku yang merayap aku malam tadi) aku terus menuju ke depan untuk menghalang daripada robert memukul hafizi... tetapi tadi robert sudah pun menumbuk dan memukul hafizi dengan kayu.... aku sangat terkejut rupa rupa nya robert sudah dapat tahu daripada kawan dia yang lain... mata hafizi sebelah kanan lebam dan tulang kaki nya hampir patah.... warden asrama datang ke tempat kejadian dan cuba selamat kan hafizi yang sudah tidak dapat berdiri... manakala aku cuba menenangkan robert supaya sabar dan balik ke asrama.... akhir nya hafizi di hantar ke hospital... kasihan juga aku tengok hafizi di pukul sampai macam tu sekali oleh robert.... aku menuju ke asrama blok B untuk menjenguk robert.... robert duduk di sudut katil dia dengan muka yang sangat marah, sedih, risau... aku cuba tenangkan dia... aku cuba tanya dia kenapa dia kena buat orang sampai macam tu sekali... jawapan dia hanya satu..... kerana dia cintakan aku dan tak mahu sesiapa pun berani sentuh aku..... hati ku tersentuh sangat pada ketika itu.....

dalam satu hari tu hati aku rasa sangat sayu dengan apa yang sudah berlaku... waktu petang kira kira jam 5 lebih... robert jumpa aku dan kami dua jalan jalan sekitar sekolah... dia nampak sangat happy macam tak ada apa yang berlaku... sedangkan hafizi masih berada di hospital... semua dapat berita yang mengatakan bahawa mata hafizi terkena banyak pendarahan pada bahagian dalam dan kaki hafizi mengalami keretakan tulang... dan terpaksa di tahan hospital untuk beberapa hari... walau apa pun, aku sentiasa akan bersama robert... sebab dia lah orang pertama yang membuka hatiku untuk bercinta dengan lelaki...

lepas saja makan malam... kira kira jam 8 malam ada seorang budak datang dan bagitahu aku yang warden nak jumpa aku sekarang di pejabat.... hati aku dah berdegup laju... dalam masa yang sama robert pula di panggil ke bilik sel (bilik hukuman bagi budak budak yang membuat hal di dalam sekolah juvana).... sampai saja aku di pejabat.. 2 orang warden, 1 pegawai dan juga timbalan pengetua menunggu aku.... aku dah tahu akan ada masalah besar akan berlaku... aku di soal siasat mengenai benda yang sudah berlaku pada hafizi dan juga robert.... apa yang dapat aku katakan ialah yang aku tak tahu benda tersebut akan berlaku... tetapi mereka masih juga menyalah kan aku sepenuh nya... aku tak dapat nak cakap apa... timbalan pengetua cakap aku lah dalang di sebalik semua benda yang terjadi... kalau di fikir ada betulnya tetapi tak pernah aku terfikir yang robert akan memukul hafizi dengan seteruk itu dan aku tak pernah menyuruh robert untuk memukul hafizi.... aku tak pernah terniat untuk membuat sesiapa bergaduh di sebabkan aku..... akhir nya malam itu aku dan robert di masukkan di dalam sel (bilik kurungan buat budak budak yang buat masalah)... dan kami di asingkan di sel yang jauh sikit jarak nya..

pada waktu aku dulu.. sel ni adalah tempat budak budak yang buat masalah akan di tempatkan secara berasingan dari asrama... seperti lokap... siapa yang masuk dalam tu tak dibenarkan pakai baju.. yang cuma dapat di pakai ialah seluar dalam, seluar pendek... tak di bagi baju.. tak di bagi selimut.. tak di bagi bantal dan tilam so tidur di lantai saja... makan 2 kali saja dalam sehari.. iaitu pada tengah hari dan juga makan malam jam 7... dan makanan cuma di bagi separuh saja... maksud nya kalau di asrama dapat makan nasi dalam 2 suap tetapi dalam sel ni hanya 1 suap saja.... kalau di asrama dapat makan se ekor ikan goreng tetapi dalam sel ni hanya dapat separuh saja ikan goreng... sama juga dengan sayur.... air pula kena minum air paip sahaja.... cuba bayangkan betapa peritnya... aku di tahan selama hampir 6 bulan di dalam sel manakala robert hanya di tahan selama 1 bulan lebih saja...

maaf ya kalau cerita kali ni macam panjang sangat pula... harap cerita nya dapat di hayati pembaca k....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan