Selasa, 6 Mac 2012

Kisah di sekolah juvana kuching 3

ok nak sambung cerita yang lepas.. pa khabar semua pembaca my blog ni.. apa pun thanks sebab sudi baca k...



selepas kejadian itu.. aku pun cuba untuk menjauhkan diri daripada johnson ni tapi x dapat sebab dia satu asrama dengan aku dan dia juga lah yang di suruh warden untuk menjaga aku.. namun dalam aku kerimasan oleh budak nama johnson ni timbul juga perasaan suka terhadap dia.. dia memang hensem.. tau je lah orang sarawak ni kalau berdarah campuran mesti putih apa lagi di tambah dengan ketinggian dan rupa dia yang menarik perhatian... bisa cair orang lain tengok dia hahahhaaa.. tapi time tu aku bukan nya tertarik dengan semua itu... apa yang menyebabkan aku pandai tetiba saja ada hati kat johnson ni kerana dia terlalu baik.. semua benda pun dia lakukan untuk aku seperti jaga makan minum aku di sekolah juvana ni.. dia sanggup pergi cari dan hantarkan air untuk aku walau pun dia sepatut nya tengah buat kerja dia di kawasan lain dalam sekolah juvana ni..

tidak lama kemudian kami pun menjadi semakin rapat sehingga banyak budak budak lain yang cemburu lihat kami berdua.. aku bukan nak cakap besar.. tapi time aku di sekolah juvana dulu aku jadi rebutan banyak budak budak lelaki dalam tu.. mungkin sebab rupa aku maybe dan aku jenis yang ber sahaja.. aku suka berjalan sorang diri dan tak menghiraukan sesiapa pun.. bukan sombong cuma aku x pandai sangat nak bergaul dengan orang sebenar nya.. pemalu hahhahaa..

namun walau macam mana rapat pun aku dengan johnson yang tua 2 tahun dari aku.. kami tak pernah lagi melakukan hubungan di luar tabie (maksudnya sex sejenis) sebab aku sering mengelak.. takut o... hehehhee aku rasa hubungan aku dengan johnson sangat baik dan aku senang dengan dia.. semua kawan se blok memang suka menyakat aku dan johnson.. aku pula jenis orang kacau sikit, terus lah muka aku kemerahan macam pakai make up pula da... johnson pula jenis yang rileks je dengan senyuman dia yang menarik perhatian.. di asrama dia selalu duduk di tepi aku sambil bercerita dengan kawan kawan dia yang lain.. selalu nya kami orang dalam sekolah juvana ni duduk secara berkumpulan.. so aku ni jenis yang just ikut kawan kawan saja...



di dalam sekolah juvana ni bukan aku dan johnson saja yang mempunyai hubungan yang rapat.. kebanyakan budak budak dalam tu bercinta sesama sendiri... boleh di katakan lahir nya budak budak GAY dari dalam sekolah juvana ini... seramai hampir 150 budak budak lelaki di dalam sekolah juvana pada ketika itu dan memang tak mustahil untuk mereka berubah hati untuk bercinta sesama jenis..

tidak lama kemudian hati ku mula merasa ingin mendalami apa itu cinta sejenis atau hubungan sejenis.. perasaan aku mula timbul.. aku tak tahu macam mana dalam hati ku pandai suka melihat budak budak lelaki lain yang ada di dalam sekolah juvana ni yang selama ni aku tak perasan banyak yang sangat kacak, tampan, tinggi, macho, maskulin hahhahaha tetapi di dalam banyak banyak budak di sekolah juvana ni... aku tertarik dengan seorang saja.. dia berada di blok asrama yang lain.. dia ketua asrama blok B, bangsa iban, putih, tinggi, chinese look, ada tatoo kala jengking kat badan sebelah kiri dia, dan tatoo burung helang di tangan sebelah kanan dia. dia tua 2 tahun juga dari aku time tu.. dia berasal dari bintulu sarawak.. nama Robert Kundang..

aku ada lah beberapa kawan ni... tempat aku meluah perasaan.. kami bercerita apa saja dalam kehidupan kami.. semua cerita kami kongsi bersama sama.. tak kira pasal masuk sekolah juvana ni, pasal keluarga, pasal kehidupan kami di sekolah juvana ni, juga pasal siapa yang kami suka di sekolah juvana ni, untuk pengetahuan, budak di sekolah juvana time aku ni dulu semua nya open minded.. mereka semua tak kisah pun kalau budak budak lain dalam tu nak bercinta sesama sendiri.. aku pun tak tahu kenapa sampai aku pun terpengaruh dengan semua keadaan di sekeliling time tu...

ada satu hari tu aku dan 3 orang lagi kawan aku duduk di tangga asrama blok A, sambil memerhatikan budak budak yang lain tengah main sepak takraw dan bola tampar kat padang depan tu.. rasanya time tu dalam jam 5.30 petang.. pada masa tu keluar lah topik kami kena luahkan siapa orang yang kami suka di sekolah juvana ni.. hahahhaa.. kerja gila nak cerita benda macam tu... seorang demi seorang bagi tau siapa lah yang mereka suka sambil kami ketawa tak berhenti henti... macam lucu je nak cerita pasal tu... orang pun heran tengok kami ketawa kuat sangat kat tangga time tu hahahhahaa..... bila tiba giliran... aku pun bagitau lah yang sebenar nya aku ni minat dengan ketua asrama blok B, Robert Kundang.. adoi rasa malu juga nak bagitau tapi mereka da bagitau so aku pun bagitau lah hahhaa...

tiba tiba kawan aku seorang ni bagitau aku yang sebenar nya Robert ni pun memang suka dengan aku selama ni cuma dia tak lah nak kacau aku sebab pada ketika itu aku di jaga oleh johnson dan juga ketua sekolah juvana ni si Stephen.. so Robert tak nak lah kacau aku nanti jadi gaduh pula... aku macam tak percaya saja apa yang dia cerita.. ingat just main main je... then sorang lagi kawan keluarkan idea gila... nak bertaruh mengorat orang yang kami masing masing suka tadi... rasa nak pecah kepala juga time tu fikir hehhehee.. apa pun kami semua terima taruhan tu... mulai dari hari tu aku pun cuba lah nak mengorat si Robert ni tadi hahahhaa lucu je nak cerita...

ada satu ketika aku minta tolong lah kawan aku ni pergi pinjam barang kat si Robert kat asrama blok B ni... then kawan aku tu pun pergi lah lepas tu kawan ku tadi datang balik bersama barang yang aku nak pinjam dari Robert tadi, lepas tu kawan aku ni tadi cakap yang Robert nak jumpa aku pada waktu malam, lepas makan malam di belakang asrama Blok B.. aku rasa terkejut tapi tak sabar rasa nya nak jumpa Robert... lepas saja waktu makan malam kat dewan aku terus saja naik atas menuju ke asrama blok B, rupa rupa nya Robert dan kawan kawan dia da ada kat atas tu tunggu aku datang.. adohh nervous giler aku time tu hahahhaha... di sekolah juvana ni time makan ialah pada pukul 7 malam.. lepas makan tu boleh pergi masuk dewan TV atau pun boleh lepak kat padang depan dewan atau pun berjalan jalan before loceng jam 8 berbunyi..

bila aku nak menuju ke asrama blok B tu.. kawan kawan Robert da bising.. siap menyakat lagi adoi malu ku time tu hahhaha.. then sorang kawan Robert bawa aku pergi belakang asrama blok B untuk jumpa Robert... ramai juga orang melepak di belakang asrama time tu... then sampai je aku kat Robert.. dia senyum dan suruh aku duduk tepi dia... aduhhhh gugur jantung ku duduk tepi dia hahhahaha.. di belakang asrama blok B ni menghadap betul betul ke padang bola sepak sekolah juvana ni.. kami 2 duduk di atas rumput ber alaskan tikar sambil melihat bintang bintang di langit yang berkelip indah.... aku macam tak percaya aku duduk sebelah Robert ketika itu....

bermula nya detik detik yang indah bersama robert ketika itu.. kami bercerita.. meluah kan perasaan.. baru aku tahu yang Robert selama ni memang suka dengan aku cuma dia tak dapat nak meluahkan perasaan nya sebab aku di jaga oleh orang lain lagi pun aku di blok asrama yang lain..

nantikan sambungan cerita ini kemudian k.. keperitan hubungan kami berdua yang tragis cewah ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan