Selasa, 25 Disember 2012

Kisah di sekolah juvana kuching 6


Selepas 5 hari aku berada di asrama, aku dapat berita yang menyedihkan juga menggembirakan. seramai 10 orang budak akan dibebaskan daripada sekolah juvana dalam masa dua hari lagi dan antara satu nama ialah robert.

Dari apa yang aku dengar robert dibebaskan lebih awal dari masa hukuman 3 tahun adalah di sebabkan pihak sekolah juvana kuching tak nak melihat hubungan antara robert dan aku terus jauh terpesong. Aku faham namun apa kan kuasa aku untuk menghalang perasaan sayang dan cinta yang di anugerahan oleh tuhan kepada semua manusia di dunia ni. 

Hari terakhir sebelum robert dibebaskan esok,

Hari yang sangat pilu bagi aku... dari pagi sehingga lah ke malam aku tak banyak bercakap dengan sesiapa. seperti biasa jam 5 pagi semua kena bangun dan turun ke padang untuk pengiraan. Robert pergi ke blok asrama aku seperti biasa sambil membawa kain pelikat. Sambil menunggu budak budak islam habis sembahyang di surau manakala yang kristian pula kena tunggu di padang.. ada yang duduk berselimutkan kain pelikat.. ada yang baring dengan berselimut sementara itu robert dan aku pula duduk bersandar di salah satu pokok tak jauh dari padang. Robert memeluk bahu aku yang menahan sejuk.. aku tak dapat menahan kesedihan hati yang ku tanggung selepas mendapat tahu robert akan di bebaskan dari sekolah juvana esok hari.. akhirnya air mata ku menitis perlahan ke pipi... robert pegang tangan aku dan berkata 'jangan bersedih.. macam mana pun semua orang tetap akan dibebaskan dari sekolah juvana ni' dan robert berkata kepada aku... sebelum dia keluar dari sekolah ni kebesokan harinya.. dia nak aku happy supaya dia tak akan susah hati untuk tinggalkan aku bersendirian menjalani hidup di sekolah juvana ni tanpa orang yang melindungi dan menjaga aku.. aku turuti permintaan robert

Hari terakhir tu, robert langsung tak pernah duduk jauh dari aku.. aku turuti permintaan nya supaya aku happy sebelum dia dibebaskan esok walau macam mana pun riak muka aku memang tak dapat menipu yang sebenar nya aku sedih dan ingin saja menangis... 

Hari robert di bebas kan dari sekolah juvana kuching

Hari ini robert akan dibebaskan bersama 9 orang budak lelaki yang lain tepat jam 8 malam... setiap kali aku jumpa dan bercakap dengan robert aku akan menangis.. ini lah hari terakhir robert pergi ke blok asrama aku untuk menjemput aku turun ke padang dan pergi dewan makan.. hari ini juga hari terakhir robert peluk aku sambil ke melihat pemandangan bukit di belakang asrama tanpa pengetahuan sesiapa..

Tepat jam 5 petang aku pergi ke blok asrama robert.. robert sudah selesai mengemas beg beg yang akan dia bawa balik nanti.. kawan kawan robert pun merasakan kesedihan yang sama seperti aku namun aku lebih sedih seperti terasa dunia ini akan kosong tak lama lagi...

Di khalayak budak lain di dalam blok asrama, robert mencapai tangan ku dan memberitahu kawan nya untuk keluar dari asrama bersama aku.. beberapa budak kawan robert mengikuti kami dari belakang.. sampai di satu sudut bukit aku dan robert berdiri sambil melihat matahari yang hampir terbenam menandakan hari semakin malam juga menandakan sebentar lagi robert tidak akan ada berada di sisi aku lagi... robert memeluk aku dari belakang.. aku terus menitiskan air mata kesedihan... robert membisikkan ke telinga aku yang dia sayang aku selamanya dan tiada yang dapat merubah itu dari hatinya.. aku semakin sebak dan tak dapat bercakap apa apa.. robert suruh aku simpan semua kenangan antara aku dan dia di dalam hati ku sebaik mungkin.. dan robert juga ingatkan aku jikalau aku rindui dia buat seperti ini.. kucupkan ciuman ke tapak tangan dan tiup ke atas udara.. dan dia akan dapat rasai.... hanya tuhan yang tahu betapa sayang nya aku kat robert

tepat jam 8 malam akhirnya semua budak yang ingin dibebaskan sudah pun bersedia di padang sambil bersalaman dengan kawan kawan yang lain juga dengan pegawai pegawai kebajikan. Aku berada di pokok yang selalu aku dan robert duduk sambil menangis.. 2 orang kawan aku menenangkan aku yang dari petang tadi menitiskan air mata... robert menuju ke arah aku.. dia mengelap pipi aku yang dibasahi air mata dari tadi.. robert menyuruh aku berhenti menangis sebab menyebabkan dia menangis juga.. robert memberi pesanan terakhir kepada aku.. "ingat tak ada orang lain yang mampu menyayangi dan menjaga awak sepertimana robert" aku terus menangis.. robert mencapai tangan aku dan membawa aku sehingga ke depan pejabat di mana letak nya van sekolah yang sudah bersedia untuk membawa mereka keluar dari sekolah juvana ini... 

akhirnya robert melangkah masuk ke dalam van sambil di perhatikan oleh aku yang sedang menangis.. pegawai  dan warden yang bertugas tidak melarang langsung semasa aku berdiri di tepi van memerhatikan robert.. robert mengeluarkan tangan nya dari cermin van untuk menyentuh aku.. aku hulurkan tangan aku memegang tangan robert sambil van bergerak perlahan menuju ke depan pintu gate sekolah juvana.. akhirnya tangan aku dan tangan robert terlepas... aku berlari anak di belakang van yang sudah hampir keluar dari gate sekolah.. aku berhenti dan berdiri di tengah tengah jalan raya sambil menangis teresak esak memandang van keluar dari gate... aku terduduk di tengah jalan raya dan terus menangis.. beberapa orang kawan aku datang dan mengangkat dan menenangkan aku..

......................................................................................