Isnin, 19 Ogos 2013

Kisah di sekolah juvana kuching 7

aku terduduk di tengah jalan raya dan terus menangis.. beberapa orang kawan datang memujuk dan menenangkan aku...


dengan langkah yang lemah aku menuju ke dewan bersama kawan ku yang dari tadi menyuruh aku berhenti dari menangis. Terasa dunia ini sangat sunyi dan aku dapat rasakan orang yang aku sayang tadi semakin jauh dan terus jauh. 

Kebesokan hari iaitu hari pertama aku ditinggalkan oleh robert bagaikan semuanya kosong. Tak ada robert yang selalu datang ke asrama  aku dengan membawa selimut atau kain pelikat setiap pagi seperti dulu, tak ada robert yang sering menunggu aku di dewan makan untuk makan bersama, tak ada robert yang selalu memeluk aku dari belakang sambil melihat matahari terbenam dari atas bukit asrama, tak ada robert yang selalu mengajar aku macam mana nak basuh dan jemur pakaian.



Setelah seminggu robert dibebaskan aku masih terus membawa diri bersendirian di sekolah juvana kuching ini. Semua kawan cuma memerhatikan, kerana aku langsung tak menegur sesiapa pun dalam masa seminggu itu. Aku pergi ke setiap tempat dimana aku dan robert selalu duduk bersama. Aku pergi ke belakang bukit asrama sambil melihat matahari terbenam berseorangan, aku duduk di depan tangga blok asrama robert dahulu, kerana di situ lah robert selalu mengukir nama sambungan kami berdua (role vanbert), aku duduk di tempat orang ramai melihat budak budak juvana main bola sepak kerana di situlah robert selalu suruh aku duduk dan lihat dia bermain bola setiap petang, aku duduk di tempat makan yang sama di mana aku dan robert selalu duduk. Hanya tuhan tahu apa yang ku rasakan ketika itu, setiap kenangan indah itu adalah kesengsaraan buat aku.

Seminggu selepas itu seorang pegawai kebajikan memanggil aku ke pejabat nya kerana ada panggilan telefon. Aku menuju ke pejabat dan menjawap panggilan tadi, dengan rasa terkejut dan gembira rupa rupanya robert yang membuat panggilan itu. Dengan tiba tiba aku mengalirkan air mata apa bila mendengar suara robert di sudut telefon dan dengan cepat robert memberitahu aku jangan menangis. Robert menanyakan khabar aku, Robert juga memberitahu aku yang dia sekarang berada di bintulu sarawak. Aku pesan kepada robert supaya jaga diri dan jangan pernah lupakan aku sampai bila bila pun. Robert berkata kepada aku lagi sehingga hujung hayat dia tak akan pernah lupakan aku walau pun terpisah suatu hari, kerana tak tahu macam mana nak berhubung selepas aku keluar dari sekolah juvana kuching nanti. 

Selepas pada hari itu aku mula bangkit semula daripada kesedihan akibat di tinggalkan orang yang amat ku sayang. Aku mula duduk dan bercerita bersama kawan yang lain, setiap petang aku keluar joging bersama kawan di padang. Aku mula sedar yang dunia ini cukup indah kalau pandai membawa diri namun jauh di sudut hatiku semua yang ku lakukan ini sebenarnya untuk melupakan segala kesepian dan kesedihan ku perlahan lahan.

Ramai budak lelaki yang lain cuba mengacau aku setelah ketiadaan robert di dalam sekolah juvana, dan aku pun layan saja tapi tak buat benda yang lebih. Aku cuba untuk memberikan hatiku kepada orang lain namun sangat payah sehinggga enam bulan kemudian muncul seorang budak lelaki yang membuat aku..... 



Nantikan sambungan seterusnya.......

4 ulasan:

  1. mana next part lg.. lamanya update

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai eric. Tq sebab baca cerita ni.. buat masa ni sedikit busy dgn kerja.. dalam masa terdekat saya akan update lagi cerita ni.. tq k.

      Padam
  2. Balasan
    1. Hi fieyzah. Sori for late reply. Part 8 will publish soon. Tq for read my blog. Tq so much.

      Padam